KUALA
LUMPUR – Pihak berkuasa Filipina telah mengesahkan bahawa tiada bangkai pesawat
MH370 ditemui di selatan negara itu.
Ketua
Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu sekali gus menolak
dakwaan kononnya ada bangkai pesawat yang dipercayai MH370 ditemui di negara
itu.
“Tak
betul… Filipina sahkan tidak ada bangkai kapal terbang,” katanya
menerusi khidmat pesanan ringkas kepada Bernamahari
ini.
Dalam
laporan itu, lelaki berkenaan turut mendakwa wanita itu menemui banyak rangka
manusia dalam pesawat terbabit selain menjumpai sehelai bendera Malaysia
berukuran 178sm panjang dan 89sm lebar.
Pesawat Malaysia
Airlines MH370 dilaporkan hilang pada 8 Mac tahun lepas ketika melakukan
penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan membawa 239 penumpang dan anak
kapal.
Pencarian
pesawat itu bertumpu di selatan Lautan Hindi yang mana penerbangan itu
dipercayai berakhir sejak lebih setahun lepas. – BERNAMA
0 Response to "Tiada Bangkai Pesawat MH370 Di Selatan Filipina"
Post a Comment