Dato Vida haramkan kuaci untuk peminat pasukan TRW

DR HASMIZA (kiri) berbincang dengan Pengurus Impian Berkat Tranding, Mohd Halizan mengenai proses mengecat semula stadium dengan warna merah jambu ketika membuat lawatan ke Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, kelmarin.

Kota Bharu: Ketika pasukan lain lebih bimbangkan masalah suar dan pelbagai peralatan yang mungkin dijadikan senjata oleh segelintir penyokong tidak bertanggungjawab, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman tampil dengan idea cukup berbeza iaitu mengharamkan mana-mana individu daripada memakan kuaci sepanjang berada di dalam Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Alasannya cukup mudah - tidak mahu stadium keramat bumi Darulnaim itu kotor gara-gara dicemari kulit kuaci yang pastinya dibuang merata-rata oleh penyokong.

Bagi pengasas Vida Beauty Sdn Bhd yang lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu, langkah sedemikian perlu diambil bagi memastikan persekitaran Stadium Sultan Muhammad ke-IV yang bakal berwajah baru itu sentiasa bersih serta terjaga.

Beliau berkata, bukan niatnya untuk menyekat hak individu penyokong tetapi masalah kekotoran seperti kulit kuaci atau lebih dikenali sebagai ‘butir ralit’ dalam dialek tempatan itu mampu mencacatkan pemandangan.

Katanya, selain itu, beliau juga mahu mendidik penyokong supaya menjadi individu lebih berdisiplin sekali gus mengelakkan sebarang balingan objek ke dalam padang.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109759#sthash.squj8Bh8.dpuf

0 Response to "Dato Vida haramkan kuaci untuk peminat pasukan TRW"

Post a Comment