"SAYA WANITA BIASA WALAU BERTUDUNG, SAYA MASIH BELUM SEMPURNA" - SITI NORDIANA



Selepas menjuarai Gegar Vaganza 2 (GV2), kehidupan Nana diakui berubah ketara dari segi kerjaya nyanyian.

“Alhamdulillah, selepas beberapa minggu, saya merasai perubahan yang ketara dalam hidup saya, lebih-lebih lagi mengenai kerjaya nyanyian.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari saya sibuk menjalani karier nyanyian sehinggakan hanya berpeluang bercuti sehari dalam seminggu.

“Kalau dari segi penerimaan peminat di luar itu saya lihat sangat positif. Rasa sangat seronok dan kadang-kadang terlupa keadaan sekarang sudah berbeza,” katanya kepada Sinar Harian.

Sangat bersyukur dengan keadaan yang berlaku sekarang, nana akui setiap perlakuannya kini diperhatikan.

“Selain tawaran nyanyian, peminat sangat prihatin dengan kehidupan harian saya terutamanya dalam laman sosial.

“Apa sahaja foto atau status yang saya muat naik, pasti mereka akan respons. Pada masa yang sama ada juga komen-komen mereka yang memberi peringatan kepada saya untuk sentiasa menjaga imej dan penampilan.

“Saya wanita biasa, walaupun bertudung, tapi saya masih belum sempurna. Saya masih lagi mencari arah untuk menutup aurat dengan sempurna.

“Saya cuba untuk jadi yang terbaik dan komen-komen yang diberikan peminat juga bermanfaat untuk saya untuk lebih berhati-hati. Tapi kalau boleh, saya tidak mahu peminat terlalu meletakkan harapan yang terlalu tinggi,” jelas Nana lagi.

Nana bakal tampil dalam konsert Mega Gegar Vaganza bermula 15 hingga 17 Januari di Istana Budaya.

0 Response to ""SAYA WANITA BIASA WALAU BERTUDUNG, SAYA MASIH BELUM SEMPURNA" - SITI NORDIANA"

Post a Comment