
KUALA LUMPUR - Rakyat di negara ini tidak
digalakkan untuk bercuti di luar negara, bahkan ia lebih bagus jika mereka lebih
susah untuk berbuat demikian, kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, beliau
lebih menggalakkan pelancong luar datang ke Malaysia.
"Saya selaku
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia tidak galakkan rakyat melancong ke
luar negara. Sayah anya menggalakkan pelancong luar negara ke Malaysia. Jadi,
kalau suah mereka melawat ke luar negara lagi bagus," katanya ketika berbahas
Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2016 di Parlimen.
Kenyataan Ahli
Parlimen Padang Rengas itu disindir oleh Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, yang
menyatakan bahawa hanya Nazri saja yang berhak ke luar negara.
"Yang
boleh melancong ke luar negara hanyalah menteri seorang sahaja," sindirnya yang
menyebabkan seluruh Dewan Rakyat menjadi riuh dengan sorakan ahli parlimen yang
lain.
Bagaimanapun, Nazri menjelaskan bahawa tujuan beliau ke luar negara
adalah untuk mempromosi industri pelancongan Malaysia.
"Yang berhormat
tahu atau tidak promosi?" soalnya.
Sementara itu di media sosial, netizen
meluahkan rasa berang dan geram mereka terhadap kenyataan menteri
terbabit.
"Ya Allah, geramnya! Yang isteri dia keliling dunia boleh pula?
Tolonglah cakap perkara yang logik sikit. Ini tidak, dah serupa nak jadi Korea
Utara ke? Semakin hari semakin bodoh para menteri Najib ni!" kata netizen.
0 Response to "'LEBIH BAGUS KALAU RAKYAT SUSAH NAK KE LUAR NEGARA' - NAZRI"
Post a Comment