
COLORADO, Amerika Syarikat – Seorang
lelaki patah tulang leher apabila vape yang digunakan olehnya meletup di mulut
dalam kejadian di sini baru-baru ini.
Cordero Caples, 29, terpaksa
menjalani pembedahan tulang belakang akibat kejadian. Selain patah tulang leher,
lelaki berkenaan juga kehilangan gigi hadapan dan melecur di bahagian mulut
selain keretakan tulang di beberapa bahagian muka.

Memetik laporan dari DailyNews, ketika
kejadian Caples menghisap vape tersebut pada Jumaat ketika waktu rehat sebelum
ianya berkenaan meletup.
“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu
berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh
sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarga Caples memetik laopran dari
Kosmo!
Seorang pekerja di kedai menjual vape di Memphis berkata letupan
mungkin berlaku kerana ralat pada operator, dan dia percaya kejadian terjadi
disebabkan Capbles mengecas vape tersebut dengan satu bateri yang terlalu
kuat.
Namun, pengeluar vape berkenaan masih belum membuat sebarang komen
tentang kejadian.
0 Response to "Patah Tulang Leher, Hilang Gigi Vape Meletup Punca Ramai Berhenti Vape Dan Kembali Kepada Rokok"
Post a Comment