
Seorang lelaki yang
membunuh isterinya dan bertindak menyebarkan foto mayat mangsa ke laman sosial
Facebook didapati bersalah dalam perbicaraan di mahkamah, kelmarin.
Menurut laporan CNN, Derek
Medina yang dituduh menembak Jennifer Alonso pada Ogos 2013 dan turut memuatnaik
sebuah nota di Facebook berkemungkinan dipenjara seumur hidup. “Saya akan ke
penjara atau dihukum mati kerana membunuh isteri saya. Anda akan lihat saya
keluar di berita selepas ini,” kata nota tersebut.
Dalam nota yang sama,
Derek menuduh isterinya sering menderanya dan meminta saudara-mara dan kawannya
supaya faham mengenai keadaan mereka. Pendakwaraya, Katherine Fernandez Rundle
mengecam tindakan Derek memuatnaik foto mayat isterinya ke laman sosial. “Tiada
keluarga patut lihat saudara mereka dibunuh dan disiarkan di internet bagaikan
sebuah trofi, seperti yang terjadi kepada Jennifer,” kata
Katherine.
Kata Katherine, kejadian
yang menimpa Jennifer menguatkan lagi kesedaran masyarakat untuk menamatkan
keganasan rumah tangga. “Selalunya, keganasan domestik kecil-kecil akan merebak
dan mendatangkan kecederaan atau kematian. Kita harus tamatkan keganasan rumah
tangga,” gesa Katherine lagi. Foto mayat Jennifer berada di Facebook
sekurang-kurangnya 5 jam sebelum kakitangan Facebook memadamkan foto berkenaan
bersama-sama laman peribadi Derek dan Jennifer.
Dalam kejadian itu, Derek
berjumpa dengan keluarganya selepas membunuh Jennifer sebelum menyerah diri
kepada polis. Derek kemudian memberikan alamat rumahnya kepada polis yang
kemudiannya menemui mayat Jennifer. Anak perempuan Derek yang masih kecil juga
ditemui selamat. -AP
0 Response to "SUAMI BUNUH & KONGSI GAMBAR MAYAT ISTERI DI LAMAN SOSIAL"
Post a Comment